Monday 11 February 2013

HIJRAH bermula dari hati

Assalamualaikum W.B.T 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Entri kali ini bertajuk "HIJRAH bermula dari hati. Hijrah ialah satu perubahan yang dilakukan oleh seseorang ke arah kebaikan. Hijrah ini datang bila diniat bermula di dalam hati dengan keizinan Allah S.W.T..




Bila mana hidayah ALLAH datang menyapa, tiada siapa dapat menyangkanya. begitu juga penghijrahan yang berlaku dalam setiap diri manusia.. dengan keizinannya.. Insya-Allah tiada apa yang dapat menghalang melainkan dia perlu berlawan dengan dirinya sendiri.

Sebelum bermulanya niat untuk berhijrah, pasti akan ada pelbagai yang difikirkan yang membantutkan niat yang telah ditanamkan dalam hati.. itu yang dikatakan diri sendiri sebagai lawan yang paling besar dalam penghijrahan. tiada siapa yang boleh menghalang diri kita sekiranya kita kuatkan hati, iman dengan niat yang telah kita tanamkan. bak kata pepatah, "Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia memang tidak boleh ditutup. begitulah yang pasti kita akan hadapi dengan ejekan, perlian, cemuhan. tapi sekiranya kita niat itu kerana Allah, tidak akan ada yang dapat menghalang.


Usah pedulikan kata-kata mereka. penghijrahan bermula perlahan dengan niat dan sedikit perubahan yang baik. tengok tips di bawah ini.


Allah sentiasa di sisi kita walau kita susah atau pun senang, cuma adakah kita yang berada di sisi Allah di kala senang??? Di kala susah, baru kita merangkak untuk ke kain sejadah.. Manusia tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan. Allah masih menerima taubat hamba-hambanya.. Semoga dipermudahkan urusan-urusan kita.. amin... Wallahualam...



SanG PeLanGi MenCOrEt KaTa

Copyright© All Rights Reserved sangpelangimencoretkata.blogspot.com