Wednesday, 16 April 2014

Akal dan emosi menggunakan LAMAN SOSIAL

Emosi yang dihadapi oleh manusia ini berbeza mengikut keadaan yang dialami oleh manusia. Pelbagai emosi, pelbagai raga dan juga pelbagai keadaan dan situasi. Sekarang, manusia suka mencurahkan segala emosi di satu tempat yang dkatakan di LAMAN SOSIAL. 


   Terdapat pelbagai laman sosial yang boleh diperolehi sekarang dan yang paling popular FACEBOOK, TWITTER, BLOG dan sebagainya. melalui penulisan abjad yang diatur menjadi makna meluahkan isi-isi hati dan pemikiran yang terlintas di pemikiran manusia. LAMAN SOSIAL merupakan medium yang bagus dalam menghubungkan manusia dengan manusia tidak kira anda berada antara utara dan selatan, timur dan barat. 


   Saya TABIK dengan MEREKA-MEREKA yang menggunakan LAMAN SOSIAL ini sebagai satu medium ilmu yang begitu berguna bukan hanya kepada diri mereka sendiri malah kepada masyarakat mereka dalam menyampaikan pelbagai info-info yang begitu berguna malah dapat dipanjangkan dengan mengklik butang SHARE yang mampu menjadi sumber-sumber akhirat mereka.


   TETAPI!!!!!! medium ini juga digunakan untuk melontarkan perasaan yang memba** buta dan tidak waras pemikiran manusia yang bertamadun. Akal yang diletakkan oleh Allah di tempat yang paling tinggi di kepala untuk berfikir, jatuh di pijak di sepak dan dilontarkan dengan meluahkan perasaan yang begitu mengikut hawa nafsu AMARAH manusia memaki hamun 



SanG PeLanGi MenCOrEt KaTa

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Copyright© All Rights Reserved sangpelangimencoretkata.blogspot.com